Thursday, November 27, 2008

RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM MISKIN AL-MUNIRAH

RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH

Sukacita dimaklumkan kepada kenalan-kenalanku semua bahawa sebuah rumah anak yatim yang dikenali sebagai "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" yang terletak di Klang amat memerlukan bantuan dari kita semua.


Saya difahamkan bahawa rumah anak yatim ini bukanlah dibawah naungan kerajaan negeri dan hanya dikelolakan oleh seorang hamba Allah yang baik hati dan sungguh mulia demi menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu yang miskin dikawasannya. Keadaan mereka sungguh daif dan menyedihkan dan memerlukan bantuan orang ramai dengan seberapa segera agar kehidupan anak yatim tersebut tidak terabai dan dapat hidup seperti anak-anak yang lain.

Menurut pengelola tempat tersebut, En. Jalil, sebelum ini sebuah syarikat swasta, TOSHIBA, telah bermurah hati untuk memberi sumbangan setiap bulan namun setelah syarikat tersebut menutup cawangannya di Malaysia , kini mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan harian.

Kunjungan rakan-rakan saya baru-baru ini mendapati keadaan mereka sungguh menyedihkan, apatah lagi pengelolanya, En Mohd Jalil Marzuki (yang juga memiliki 7 orang anak) terpaksa mengelolakan 46 orang anak-anak yatim piatu termasuk menguruskan tempat tinggal, makan, pakaian dan sebagainya.

Melalui perbualan telefon diantara En Jalil dengan saya pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa setiap bulan rumah anak yatim tersebut memerlukan perbelanjaan sekitar RM25 ribu untuk menampung kos keperluan hidup (makanan dan sebagainya).

Dari sumber yang lain pula, saya difahamkan kadang-kala makanan mereka terpaksa dicatu kerana masalah kewangan.

Sehubungan dengan itu, jika sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan/derma/sumbangan dalam apa jua bentuk, adalah amat dialu-alukan oleh beliau.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai rumah anak yatim tersebut:-

Nama rumah : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin
AL-Munirah

Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat , 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Pengelola : Mohd Jalil B Marzuki (Pembantu Am)

No Telefon : 03-3324 7758 atau 019-644 7949 (En
Jalil)

No Faks : 03-3324 0906

Jumlah pelajar : 45 orang

[24 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan (12 orang masih di peringkat
sekolah rendah)]



Antara barangan yang diperlukan dan harapan mereka:-
1. Barangan keperluan harian (tolietries 窶・sabun, berus gigi,ubat gigi dll.)

2. Makanan

3. Tuala wanita ( terdapat ramai pelajar wanita peringkat menengah)

4. Sarung cadar / bantal

5. Telekung / sejadah

6. Alat tulis (stationeries) untuk persekolahan

7. Langsir tingkap (agak penting kerana terdapat campuran pelajar)

8. Selimut

9. Tuala mandi

10. Penyangkut Baju

11. Selipar

12. Buku-buku rujukan (mungkin ada buku-buku lama yang hendak disedekahkan)

13. Komputer (terpakai pun takpe tapi masih elok)

14. Dan lain-lain (apa-apa jua yang difikirkan patut窶ヲterserah kepada anda窶ヲ.)

Harapan jangka panjang mereka ialah jika sekiranya mereka dapat membina sebuah dewan dan surau bagi kegunaan anak-anak yatim piatu dikawasan itu kerana buat masa ini saya difahamkan mereka bersembahyang didalam rumah kontena yang telah diubah suai.

Saya juga difahamkan bahawa kebanyakan komputer yang disumbangkan oleh masyarakat kepada mereka, semuanya tidak boleh diguna pakai (tu la perangai orang Malaysia , bagi tak ikhlas窶ヲ..)..kesian kat budak-budak tu窶ヲ .baik tak yah bagi langsung窶ヲ..



Saya amatlah berbesar hati jika sekiranya rakan-rakan sekalian dapat memanjangkan lagi email ini kepada kenalan-kenalan saudara/saudari atau pihak-pihak tertentu agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim ini (especially kawan-kawan aku yang kerja best-best tu..) supaya mereka diberi peluang untuk hidup seperti orang lain dan tidak terabai.


Seandainya, saudara-saudari ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi
terus En Jalil di talian tertera diatas atau memasukkan sumbangan anda ke akaun yang berikut:-

v Nombor akaun Bank Muamalat 12040001994715

v Nombor akaun Bank Islam 12-010-01-005674-2

v No.akaun Maybank 562647201075

(segala sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan RUJ:LHDN
01/35/42/51/179-6.5854)

11 comments:

not9to5 said...

salam,

saya terjumpa website satu product yg mengaku menyumbang kepada rumah kebajikan anak yatim dan miskin al munirah.

http://www.stemtechglobalfoundation.org/

adakah ini sesuatu yang benar?

terima kasih

iszaizul said...

Saya berminat utk memberikan khidmat gunting rambut lelaki secara percuma sekiranya diperlukan. Boleh terus hubungi saya Zul, 0193646406

shelliey said...

salam,

mohon share article ini di blog saya..semoga dapat meningkatkan sumbangan terhadap rumah kebajikan ini..

terima kasih.

melati said...

waktu urusan pejabat pukul berapa ye? insyaAllah saya ingin menyumbang apa yg mampu..

n. f. a said...

http://anakyatim.com.my/

ini adalah laman rasmi untuk rumah anak yatim tersebut, dan juga akaun bank rasmi untuk sumbangan rumah anak yatim itu.. Encik Jalil Marzuki pun masih bekerja di bawah rumah lindungan ini..

ImranDinzly said...

akum,..

insyallah sekiranya diizinkan Allah swt,.. sya dan rakan2 dari UNISEL ingin membuat lawatan,memberi sumbangan dan bersahur bersama anak2 dan pelajar2 di rumah anak2 yatim Al-Munirah pada bulan ramadhan nnti,..

moga allah swt,memberkatinya... :)

izan mama mia said...

Assalamualaikum..
saya ingin menyumbang sedikit pakaian lama saya...
bila saya boleh menghantar?..sabtu atau ahad boleh tak?...sila balas mesej saya di komen blog saya yaa...

saya amat mengharap jawapan dr pihak tuan/puan/..

Muhammad Zahir said...

harap dapat update laman web ni ye...mudah2an ramai yang akan membantu nanti.InsyaAllah
ade alamat email x?

Abraz Art said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya tinggal di Jalan Kebun dan saya menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan bekam secara percuma kepada anak-anak yatim dan miskin di rumah kebajikan ini.

Sila hubungi saya di talian 013-2336458.

Aditya Watie said...

salam, saya amat memerlukan alamat e-mail agar saya boleh berhubung dengan pihak tuan. Saya berminat untuk mengadakan lawatan ke tempat anda. oleh itu, saya memerlukan e-mail tuan agar boleh berbincang mengenai idea ini. pihak tuan boleh berhubung dgn saya di tya.watie@gmail.com

Nurul Asyikin said...

Salam, ada sesiapa yang sudah melawat rumah ini? ada berapa bilangan anak yatim piatu, anak yatim dan asnaf zakat (bukan anak yatim) di sini? Saya mencari rumah kebajikan yang menempatkan sekurang-kurangnya 50% anak yatim/yatim piatu.

Harap dapat maklumbalas dari rakan-rakan yang ada melawat.

Terima kasih.