Thursday, November 27, 2008

Derma diperlukan untuk Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah

RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM MISKIN AL-MUNIRAH

RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH

Sukacita dimaklumkan kepada kenalan-kenalanku semua bahawa sebuah rumah anak yatim yang dikenali sebagai "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" yang terletak di Klang amat memerlukan bantuan dari kita semua.


Saya difahamkan bahawa rumah anak yatim ini bukanlah dibawah naungan kerajaan negeri dan hanya dikelolakan oleh seorang hamba Allah yang baik hati dan sungguh mulia demi menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu yang miskin dikawasannya. Keadaan mereka sungguh daif dan menyedihkan dan memerlukan bantuan orang ramai dengan seberapa segera agar kehidupan anak yatim tersebut tidak terabai dan dapat hidup seperti anak-anak yang lain.

Menurut pengelola tempat tersebut, En. Jalil, sebelum ini sebuah syarikat swasta, TOSHIBA, telah bermurah hati untuk memberi sumbangan setiap bulan namun setelah syarikat tersebut menutup cawangannya di Malaysia , kini mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan harian.

Kunjungan rakan-rakan saya baru-baru ini mendapati keadaan mereka sungguh menyedihkan, apatah lagi pengelolanya, En Mohd Jalil Marzuki (yang juga memiliki 7 orang anak) terpaksa mengelolakan 46 orang anak-anak yatim piatu termasuk menguruskan tempat tinggal, makan, pakaian dan sebagainya.

Melalui perbualan telefon diantara En Jalil dengan saya pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa setiap bulan rumah anak yatim tersebut memerlukan perbelanjaan sekitar RM25 ribu untuk menampung kos keperluan hidup (makanan dan sebagainya).

Dari sumber yang lain pula, saya difahamkan kadang-kala makanan mereka terpaksa dicatu kerana masalah kewangan.

Sehubungan dengan itu, jika sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan/derma/sumbangan dalam apa jua bentuk, adalah amat dialu-alukan oleh beliau.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai rumah anak yatim tersebut:-

Nama rumah : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin
AL-Munirah

Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat , 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Pengelola : Mohd Jalil B Marzuki (Pembantu Am)

No Telefon : 03-3324 7758 atau 019-644 7949 (En
Jalil)

No Faks : 03-3324 0906

Jumlah pelajar : 45 orang

[24 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan (12 orang masih di peringkat
sekolah rendah)]



Antara barangan yang diperlukan dan harapan mereka:-
1. Barangan keperluan harian (tolietries 窶・sabun, berus gigi,ubat gigi dll.)

2. Makanan

3. Tuala wanita ( terdapat ramai pelajar wanita peringkat menengah)

4. Sarung cadar / bantal

5. Telekung / sejadah

6. Alat tulis (stationeries) untuk persekolahan

7. Langsir tingkap (agak penting kerana terdapat campuran pelajar)

8. Selimut

9. Tuala mandi

10. Penyangkut Baju

11. Selipar

12. Buku-buku rujukan (mungkin ada buku-buku lama yang hendak disedekahkan)

13. Komputer (terpakai pun takpe tapi masih elok)

14. Dan lain-lain (apa-apa jua yang difikirkan patut窶ヲterserah kepada anda窶ヲ.)

Harapan jangka panjang mereka ialah jika sekiranya mereka dapat membina sebuah dewan dan surau bagi kegunaan anak-anak yatim piatu dikawasan itu kerana buat masa ini saya difahamkan mereka bersembahyang didalam rumah kontena yang telah diubah suai.

Saya juga difahamkan bahawa kebanyakan komputer yang disumbangkan oleh masyarakat kepada mereka, semuanya tidak boleh diguna pakai (tu la perangai orang Malaysia , bagi tak ikhlas窶ヲ..)..kesian kat budak-budak tu窶ヲ .baik tak yah bagi langsung窶ヲ..



Saya amatlah berbesar hati jika sekiranya rakan-rakan sekalian dapat memanjangkan lagi email ini kepada kenalan-kenalan saudara/saudari atau pihak-pihak tertentu agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim ini (especially kawan-kawan aku yang kerja best-best tu..) supaya mereka diberi peluang untuk hidup seperti orang lain dan tidak terabai.


Seandainya, saudara-saudari ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi
terus En Jalil di talian tertera diatas atau memasukkan sumbangan anda ke akaun yang berikut:-

v Nombor akaun Bank Muamalat 12040001994715

v Nombor akaun Bank Islam 12-010-01-005674-2

v No.akaun Maybank 562647201075

(segala sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan RUJ:LHDN
01/35/42/51/179-6.5854)